X

Kindly register in order to view this article
!

Beri PM, Kabinet peluang bukti kemampuan: Mohamad Hasan

Mohamad Hasan
A
A

SEREMBAN - Rakyat diminta untuk memberikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah Kabinet ruang dan peluang untuk berkhidmat dan membuktikan kemampuan mereka dalam mentadbir negara.

Menyifatkan cabaran yang akan ditempuh kerajaan hari ini adalah luar biasa, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengaruh, kekuatan dan kelangsungan Perikatan Nasional amat bergantung kepada prestasi jemaah menteri yang dilantik.

“Perdana Menteri telah membentuk Kabinetnya dan saya mengucapkan setinggi tahniah kepada mereka yang telah dilantik. Namun cabaran yang menanti kerajaan baharu ini juga adalah sangat luar biasa.

"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anggota jemaah menteri Perikatan Nasional,” katanya melalui catatan yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan Kabinetnya terdiri daripada 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sebaliknya mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus