Ibu lumpuh dicabul anak sendiri

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Atas Mukim Padang Matsirat, Langkawi dekat sini semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 21 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap ibunya yang terlantar sakit dan lumpuh separuh badan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu disedari adik suspek selepas mendengar jeritan dari ibunya.

"Ketika kejadian suspek dikatakan sedang meraba payudara ibunya. Adik suspek yang terkejut melihat keadaan itu bertindak menolak dan menghalaunya keluar dari rumah mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan yang berada di bawah pengaruh dadah kemudiannya ditangkap oleh sepasukan polis Langkawi dan akan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.

Artikel Berkaitan: