Sultan Perak terima peletakan jawatan Ahmad Faizal

 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor berkata, baginda menerima menghadap Ahmad Faizal pada jam 9.30 pagi tadi bagi menyembahkan warkah peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Menurutnya, Ahmad Faizal turut menyembah maklum secara rasmi bahawa kerajaan PH kehilangan majoriti mudah untuk meneruskan kerajaan Perak selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada pakatan itu pada 24 Februari lalu.

"Datuk Seri Ahmad Faizal kemudiannya telah menyembahkan warkah memaklumkan Bersatu Perak telah mencapai persepakatan dengan UMNO dan Pas untuk mendapatkan perkenan baginda menubuhkan kerajaan Perak yang baharu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal letak jawatan MB Perak

Ahmad Faizal ketuai Perikatan Nasional menghadap Sultan Nazrin

Abdul Rahim berkata, pemimpin tiga parti politik itu turut mempersembahkan nama untuk pertimbangan Sultan Nazrin memperkenankan lantikan Menteri Besar Perak yang baharu dan menetapkan tarikh angkat sumpah.

Menurutnya, kesemua mereka berikrar memberikan sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diperkenankan oleh baginda.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta pada jam 9.10 pagi tadi untuk menghadap Sultan Nazrin.