UMNO calonkan Saarani Menteri Besar Perak

Saarani ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.
Saarani ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.
A
A
A

IPOH - UMNO Perak menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar mewakili parti itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Saarani kepada pemberita selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta hari ini.

"Saya telah menghantar surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Tuanku hari ini yang mencalonkan Pengerusi UMNO negeri yang juga ADUN Kota Tampan sebagai Menteri Besar mewakili UMNO.

"Kesemua ADUN UMNO telah menandatangani akuan bersumpah, mencalonkan hanya seorang calon sebagai Menteri Besar," katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya menerima apa segala titah perkenan baginda Sultan dalam menentukan jawatan Menteri Besar.

"Kita tunggu titah Tuanku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal letak jawatan MB Perak

Kedua-dua pemimpin parti itu tiba di Istana Kinta sekitar jam 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menghantar surat peletakan jawatan selaku Menteri Besar Perak kepada Sultan Nazrin dan menamakan beliau selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak sebagai Menteri Besar mewakili parti.