Maqis rampas 10kg daging babi, 15kg limau

Pegawai Maqis menunjukkan limau yang dirampas.
Pegawai Maqis menunjukkan limau yang dirampas.
A
A
A

SUBANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 10 kilogram (kg) daging babi dan 15 kilogram limau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah semalam selepas didapati tidak mempunyai Permit Import dan Sijil Fitosanitasi.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, barang dagangan bernilai RM2,000 itu dibawa masuk dari Singapura.

Rampasan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit sah adalah salah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Malaysia 2011," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Maqis sentiasa peka melaksanakan tanggungjawab mengawal kemasukan keluaran pertanian di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk dalam keadaan baik," katanya.

Artikel Berkaitan: