Ahmad Faizal ketuai Perikatan Nasional menghadap Sultan Nazrin

Kenderaan rasmi Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta pada jam 9.10 pagi tadi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Kenderaan rasmi Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta pada jam 9.10 pagi tadi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta pada jam 9.10 pagi tadi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Difahamkan, perjumpaan itu adalah bagi sembah maklum pembentukan barisan kepimpinan baharu iaitu melalui gabungan Perikatan Nasional seperti yang diumumkan semalam.

Semalam, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan bahawa parti itu bersama UMNO dan Pas mencapai persetujuan membentuk gabungan baharu selepas memperoleh majoriti 32 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gabungan Perikatan Nasional di Perak diwakili 25 kerusi UMNO, Pas (3) dan Bersatu (4).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang sebelum ini Bebas dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pun umum keluar parti dan menyertai Bersatu.

Turut difahamkan, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamed dan Pesuruhjaya Pas, Razman Zakaria akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Nazrin hari ini.

Ketiga-tiga pemimpin parti terbabit dijangka menyembah maklum kepada Sultan Nazrin calon Menteri Besar Perak mewakili parti masing-masing.

Artikel Berkaitan: