Lompat si katak lompat dan Covid-19

No Image Caption
A
A
A

SEPANJANG dua tiga minggu ini ada dua benda yang terus diperkatakan semua orang di negara kita. Pertama, katak dan kedua, virus Covid-19. Kedua-duanya itu telah dan masih terus mengacau hidup kita.

Banyak katak telah muncul dan lompat ke sana ke mari. Katak-katak itu bukanlah katak sebenar, tetapi boleh kita namakan sebagai katak politik.

Katak politik ini tidak ada pendirian dan prinsip. Memang sah dan sahih satu kajian dibuat sebelum ini iaitu orang politik seperti katak yang suka lompat dan menyertai parti lain adalah golongan paling tidak boleh dipercayai.

Kalau hendak bandingkan profesion orang politik ini digelar wakil rakyat dan bekerja untuk rakyat, rasanya tukang angkut sampah lebih jujur dan mulia daripada mereka.

Oleh itu, kalau hendak sistem demokrasi kita terus sihat, kita kena ketepikan katak-katak politik ini dan jauhilah daripada terus membelakangi hasrat rakyat.

Kalau bandingkan dengan katak politik, Covid-19 pun tidak kurang seriusnya kerana ia bukan sahaja boleh mendatangkan ancaman nyawa, malahan telah menjejaskan kedudukan ekonomi seluruh dunia.

Di negara kita, gelombang pertama jangkitan Covid-19 pada mulanya merangkumi 22 kes positif namun penghidapnya telah disahkan sihat dan didiscaj.

Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua kemudian bermula pada 27 Februari 2020. Sehingga semalam, terdapat sebanyak 117 kes positif telah dilaporkan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Ini menunjukkan penularan wabak Covid-19 di negara kita semakin hari semakin membimbangkan walaupun pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan oleh pihak berkuasa.

Udara politik di negara kita telah tercemar. Ia dicemari oleh individu yang hanya pentingkan diri sendiri. Begitu juga dengan udara alam sekitar kita telah diresapi virus Covid-19 yang begitu berbisa.