Polis panggil penganjur program LGBT

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sudah memanggil penganjur program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dikaitkan dengan sebuah parti politik bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan polis sudah memanggil penganjur program terbabit dan kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Program ini dilihat jelas melampaui sensitiviti rakyat serta menyalahi undang-undang negara yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di negara ini.

“Sehubungan itu, masyarakat awam dan mana-mana individu lain diingatkan untuk tidak menyertai program terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tegasnya, polis akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan ketenteraman awam dan undang-undang negara dipatuhi.

Tindakan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kenyataan Hussein berhubung penganjuran satu program berkaitan LGBT pada 21 Jun depan.

Beliau dilaporkan berkata, sebanyak 21 laporan polis diterima dan siasatan dijalankan USJT JSJ Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!