Pegawai PBT ditahan kes seleweng hasil kutipan kira-kira RM63,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan kerana disyaki menyeleweng wang kutipan hasil bayaran proses pelan bangunan berjumlah kira-kira RM63,000.

Wanita berusia berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di sini kira-kira jam 10.30 pagi, Khamis.

​Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 hingga 2023.

Pegawai wanita itu dikatakan mengeluarkan resit disyaki palsu sedangkan wang kutipan tersebut tidak dimasukkan ke dalam Akaun Hasil PBT tempatnya berkhidmat.

​Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," ujarnya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!