Askar Kemboja maut dalam pergelutan bersenjata dengan tentera Thailand

Jurucakap Tentera Diraja Kemboja, Mao Phalla berkata, kejadian berlaku ketika anggotanya sedang melakukan rondaan rutin di wilayah Preah Vihear yang bersempadan dengan Thailand.

Menteri Pertahanan Thailand berkata, situasi itu telah diselesaikan dan kedua-dua pihak tidak berniat untuk melepaskan tembakan antara satu sama lain.- AFP
Menteri Pertahanan Thailand berkata, situasi itu telah diselesaikan dan kedua-dua pihak tidak berniat untuk melepaskan tembakan antara satu sama lain.- AFP
A
A
A

PHNOM PEN – Seorang anggota tentera Kemboja terkorban dalam insiden tembak-menembak dengan tentera Thailand di kawasan sempadan yang masih dipertikaikan berhampiran wilayah Ubon Ratchathani, menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa kedua-dua negara.

Jurucakap Tentera Diraja Kemboja, Mao Phalla berkata, kejadian berlaku ketika anggotanya sedang melakukan rondaan rutin di wilayah Preah Vihear yang bersempadan dengan Thailand.

“Seorang anggota kami maut dalam pertempuran itu dan beberapa lagi dilaporkan cedera, namun butiran lanjut masih belum diperoleh,” katanya sambil menegaskan bahawa tentera Thailand telah melancarkan serangan ke atas pasukan mereka yang berada di dalam parit.

“Anggota kami mati dalam parit. Pihak Thailand datang dan menyerang kami,” katanya.

Sebaliknya, pihak Tentera Diraja Thailand mendakwa bahawa insiden tercetus selepas tentera Kemboja melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah pasukan mereka.

Google Maps menunjukkan Chong Bok, sebuah laluan gunung yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Kemboja-Laos.- Agensi
Google Maps menunjukkan Chong Bok, sebuah laluan gunung yang terletak berhampiran sempadan Thailand-Kemboja-Laos.- Agensi

“Tentera Thailand hanya membalas tembakan selepas ditembak oleh pasukan sempadan Kemboja,” jelas kenyataan tentera Thailand yang turut memaklumkan bahawa insiden berbalas tembakan itu berlangsung selama kira-kira 10 minit sebelum pihak Kemboja meminta gencatan senjata.

Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai dalam kenyataannya menegaskan bahawa situasi kini telah reda dan kedua-dua pihak tidak berniat untuk mencetuskan pertempuran.

“Kedua-dua pihak tidak berniat untuk melepaskan tembakan. Situasi telah dikawal dan diselesaikan secara diplomatik,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua negara jiran itu telah lama terlibat dalam pertikaian sempadan sepanjang lebih 800 kilometer yang asalnya ditetapkan semasa zaman penjajahan Perancis di Indochina.

Pada tahun 2008, pertempuran berdarah tercetus berhampiran tapak kuil purba Khmer di Preah Vihear yang menjadi rebutan kedua-dua negara.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah membuat keputusan pada 1962 bahawa kawasan kuil berkenaan adalah milik Kemboja. Namun, ketegangan di sekitar kawasan sempadan itu masih berlarutan hingga kini. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!