Bayi tujuh bulan maut di taska akibat tercekik susu, makanan

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Taman Danau Kota di sini dipercayai akibat tercekik makanan dan susu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab, punca kematian bayi terbabit diperoleh hasil bedah siasatan yang dijalankan.
“Ia disebabkan tercekik makanan dan susu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Terdahulu media melaporkan bayi itu ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.08 pagi.
Syahrul Anuar dilaporkan berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi.
Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa di Balai Polis Setapak pada 1.26 tengah hari, hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
