Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empat bulan ditahan

Seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah taska pada 3 Januari lalu
Seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah taska pada 3 Januari lalu
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pengasuh taska dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata, wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.

"Pihak polis kini sedang menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Pada Sabtu, beliau dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh tersebut yang didapati telah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim sebelum ini dilaporkan berkata, taska yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi itu telah diarahkan tutup pada Selasa lepas (7 Januari). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!