'Wujud usaha dalam PH untuk jatuhkan saya' - Ahmad Faizal

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap pada sidang media di sebuah hotel hari ini.-fotoBERNAMA
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bercakap pada sidang media di sebuah hotel hari ini.-fotoBERNAMA
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akhirnya mengakui wujud usaha dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkannya ketika dalam kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, usaha-usaha tersebut secara tidak langsung boleh menggugat kerajaan PH sendiri yang terdiri daripada gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Ahmad Faizal berkata, pengkhianatan bermula daripada beberapa Exco yang lebih 'sibuk' menjatuhkan Menteri Besar dan kerajaan sendiri sebelum ini berbanding menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.

"Apabila saya dan rakan-rakan kepimpinan Bersatu di Perak mengambil langkah ini yang selaras dengan keputusan Bersatu Pusat, kita telah memikirkan bahawa ini adalah satu gabungan yang boleh memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat menubuhkan kerajaan lebih stabil dan selari dengan kerajaan persekutuan," katanya ketika Sidang Media Perikatan Nasional Perak di Hotel Casuarina @ Meru, di sini hari ini.

Pada November 2019, satu klip video memaparkan individu mirip salah seorang Exco kerajaan Perak tersebar dipercayai merancang menjatuhkan Ahmad Faizal.

Dalam klip berdurasi 5 minit 14 saat itu, seorang lelaki mirip Exco Perak itu dilihat sedang berbual dengan individu tidak dikenali, namun deskripsi video tersebut mengatakan perbincangan bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak untuk memujuk mereka melompat menyokong Exco berkenaan sebagai Menteri Besar Perak yang baharu sekali gus menyingkirkan Ahmad Faizal.

Bagaimanapun Ahmad Faizal ketika itu menafikan terdapat usaha menjatuhkan beliau.

Artikel Berkaitan: