PH Johor serah surat mohon sidang khas DUN

Aminolhuda (lima, kiri) menyerahkan surat rasmi memohon sidang Khas Dewan Undangan Negeri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Suhaizan Kayat (tujuh, kanan) di Pejabat Speaker Dewan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyerahkan surat ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memohon DUN Johor mengadakan sidang khas.

Penyelaras PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, sidang khas itu adalah bagi menentukan sokongan diterima Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam membentuk kerajaan negeri baharu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat itu ke pejabat Speaker DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini.

Antara pemimpin PH Johor yang menemani beliau ialah Timbalan Pengerusi PKR Johor yang juga ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse; Timbalan Pengerusi Amanah Johor yang juga ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Johor yang juga ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali. - Bernama

Artikel Berkaitan: