Lipas kayu umpan rahsia kaki pancing sungai

Mohamad Syukri bersama ikan patin yang berjaya ditangkap menggunakan umpan lipas kayu.
Mohamad Syukri bersama ikan patin yang berjaya ditangkap menggunakan umpan lipas kayu.
A
A
A

LIPIS – [DIKEMAS KINI] Tidak ramai kaki pancing generasi kini mengenali umpan lipas kayu, namun bagi pemancing tradisional, ia ibarat ‘senjata rahsia’ yang terbukti ampuh untuk menjerat ikan patin, lawang, lampam dan jelawat di Sungai Pahang.

Umpan ini pernah menjadi pilihan utama sebelum munculnya penggunaan roti, dedak atau umpan komersial.

Menurut Mohamad Syukri Yusof, 45, pemancing tegar dari Kampung Mela di sini, lipas kayu, yang biasanya ditemui pada musim air surut dan arus perlahan, terkenal dengan bau yang kuat serta pergerakan semula jadi di atas air yang mampu menarik perhatian ikan besar.

Inilah lipas kayu yang menjadi senjata rahsia kaki pancing tradisional di Sungai Pahang.
Inilah lipas kayu yang menjadi senjata rahsia kaki pancing tradisional di Sungai Pahang.

"Dulu kami tak pakai roti atau dedak. Guna lipas kayu sahaja. Hanya gunakan tali tangsi atau benang saiz halus tanpa pemberat, kemudian cangkukkan pada mata kail.

"Biarkan umpan hanyut mengikut arus sungai dan insya-ALLAH tidak perlu tunggu lama, pasti ikan akan terus menyambar.

"Macam saya sendiri pernah dapat patin sungai seberat tiga kilogram lebih hasil guna umpan lipas kayu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya yang lebih dikenali dengan nama Pok Mat, lipas kayu biasanya dicari pada awal pagi di pokok tua dan kayu reput, selain di kawasan matau balak yang ditinggalkan.

Ujar beliau lagi, umpan lipas kayu ini semakin tidak popular kerana tidak ramai yang mahu mencarinya dan menganggap ia geli dan kotor.

Artikel Berkaitan:

"Tapi kalau nak dapat ikan besar, cubalah guna balik umpan ini, pasti ikan besar mudah dapat,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!