Maut ditikam gara-gara berebut tandas

Mangsa meninggal dunia kerana kecederaan serius dialaminya terutama pada bahagian leher. Foto Agensi
Mangsa meninggal dunia kerana kecederaan serius dialaminya terutama pada bahagian leher. Foto Agensi
A
A
A

MALANG - [DIKEMAS KINI] Gara-gara berebut tandas di sebuah kafe, seorang lelaki maut ditikam.

Kejadian itu menimpa mangsa dikenali sebagai Ahmad Husaini, 25, di sebuah premis yang juga tempat cuci motosikal di Jalan Raya Mbureng, Desa Bulupitu, Kecamatan Gondanglegi, Kabupaten Malang di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Kapolres Malang, AKBP Danang Setiyo berkata, pelaku dikenali sebagai Fikri alias Bondet, warga Desa Ganjaran telah ditahan dan disoal siasat.

"Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka. Pelaku naik angin selepas mangsa mengetuk pintu tandas berulang kali ketika dia sedang membuang air kecil.

"Dia yang tidak dapat mengawal emosi bertindak mengeluarkan pisau kecil ke arah mangsa hingga mencederakan bahagian kepala, leher, punggung, lengan dan pahanya," ujar AKP Lukman Hudin di Kapolsek Gondanglegi.

Menurutnya, serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dan kemudiannya meninggal dunia.

Jasad Ahmad Husaini telah dihantar ke RSSA Kota Malang untuk proses autopsi.

Difahamkan, mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan pembunuhan tersebut berlaku kerana kegagalan pelaku mengawal amarah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!