Pemandu lori didakwa sebabkan kematian penunggang di lampu isyarat

Mohanatas berbaju T warna putih, dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat bagi menghadapi pertuduhan memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, minggu lalu.
Mohanatas berbaju T warna putih, dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat bagi menghadapi pertuduhan memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, minggu lalu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Selasa atas satu pertuduhan memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, minggu lalu.

S. Mohanatas, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu lori dengan cuai dan berada bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian pengawal keselamatan, Mohd Nazri Samsuri, 43, di Kilometer 13, Jalan Banting - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 12.30 tengah hari, 14 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Menurutnya, jumlah itu wajar kerana kes tersebut melibatkan kematian penunggang motosikal.

“Ia termasuk melaporkan diri di balai polis berhampiran dan syarat-syarat lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah,” katanya.

Mangsa disahkan maut setelah motosikalnya dirempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Banting-KLIA di Kuala Langat pada Rabu minggu lalu.
Mangsa disahkan maut setelah motosikalnya dirempuh lori dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Banting-KLIA di Kuala Langat pada Rabu minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, peguam T. Mishant yang mewakili tertuduh merayu agar kadar itu dikurangkan.

“Anak guam saya telah berkahwin namun belum dikurniakan anak, tidak patut dibebani dengan ikat jamin yang terlalu tinggi,” katanya.

Ketika disoal Majistret Maslinda, tertuduh mengakui tidak mempunyai lesen memandu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan, dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Jun depan.

Pada 15 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja berakhir dengan tragedi apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, ketika kejadian, mangsa dari arah Banting ke KLIA berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak dan terperosok ke bawah lori berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!