Busana Rizman Ruzaini curi tumpuan di 'karpet merah' Cannes

Kemunculan Rawdah Mohamed di acara 'karpet merah' Festival Filem Cannes, Sabtu lalu mencuri perhatian ramai.
Kemunculan Rawdah Mohamed di acara 'karpet merah' Festival Filem Cannes, Sabtu lalu mencuri perhatian ramai.
A
A
A

NAMA duo pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, sekali lagi mencuri perhatian apabila rekaan eksklusif mereka digayakan di pentas fesyen antarabangsa.

Terbaharu, model dan aktivis terkenal Somalia-Norway, Rawdah Mohamed, tampil memukau dalam busana merah jambu ciptaan mereka di Festival Filem Cannes yang berlangsung di Perancis, Sabtu lalu.

Penampilan elegan Rawdah ketika menghadiri tayangan perdana filem Die, My Love bukan sahaja memikat lensa jurugambar, malah menjadi tumpuan selebriti antarabangsa serta pencinta fesyen global.

Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi, Rizman Ruzaini berkongsi perincian mengenai busana yang digayakan Rawdah sebagai satu rekaan khas yang disifatkan sebagai "kajian seni pada siluet dan sutera.”

Duo pereka fesyen terkenal, Rizman (kanan) dan Ruzaini.
Duo pereka fesyen terkenal, Rizman (kanan) dan Ruzaini.

“Busana merah jambu ros itu menampilkan bodis berbutang di bahagian belakang yang langsing, mengalir ke bawah menjadi skirt kembang dramatik yang dikemaskan dengan indah di bahagian pinggul untuk pergerakan dan bentuk yang anggun.

“Digayakan dengan sempurna bersama kasut tumit tinggi, gambaran keanggunan yang didefinisikan semula,” tulis mereka.

Rekaan itu menerima pujian ramai, termasuk rakan selebriti dan peminat tempatan yang turut berbangga melihat karya anak tempatan menghiasi acara fesyen berprestij dunia.

Artikel Berkaitan:

Ini bukan kali pertama nama Rizman Ruzaini disebut di peringkat antarabangsa.

Pada Oktober 2023, model ikonik Naomi Campbell menggayakan koleksi musim bunga mereka dalam sebuah acara fesyen terkemuka.

Tiga bulan kemudian, figura legenda itu sekali lagi memilih busana rekaan duo tersebut untuk acara karpet merah Festival Filem Red Sea 2023.

Tidak cukup dengan itu, penyanyi sensasi Lady Gaga turut pernah menyarung gaun labuh merah sarat batu Swarovski rekaan Rizman Ruzaini dalam satu persembahan eksklusif di Las Vegas pada Jun tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!