Menjelang musim haji 2025

Kumpulan lengkap memakai ihram haji berjalan di perkarangan Masjidil Haram, Makkah.
Kumpulan lengkap memakai ihram haji berjalan di perkarangan Masjidil Haram, Makkah.
A
A
A

JEDDAH – Seramai lebih 220,000 jemaah haji pelbagai kewarganegaraan telah tiba di Arab Saudi menjelang musim haji yang bakal bermula awal bulan depan, lapor akhbar Okaz.

Indonesia yang merupakan negara majoriti Muslim terbesar di dunia mencatatkan jumlah ketibaan tertinggi setakat ini dengan lebih 50,000 jemaah disusuli jemaah dari Bangladesh dan Pakistan.

Kumpulan dari Afghanistan menaiki pesawat ke Arab Saudi di Lapangan Terbang Kandahar.
Kumpulan dari Afghanistan menaiki pesawat ke Arab Saudi di Lapangan Terbang Kandahar.

Pihak berkuasa Saudi menjangkakan seramai 221,000 jemaah dari Indonesia akan menunaikan haji tahun ini.

Bakal jemaah haji menunggu giliran untuk pemeriksaan imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Bakal jemaah haji menunggu giliran untuk pemeriksaan imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Semua pintu masuk melalui udara darat dan laut di seluruh negara telah bersedia sepenuhnya mengikut perancangan awal bagi menerima ketibaan jemaah secara berperingkat serta melancarkan proses kemasukan mereka.

Bakal jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Bakal jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Kebanyakan jemaah dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah yang menjadi lokasi permulaan spiritual ibadah Rukun Islam Kelima itu dengan menziarahi Masjid Nabawi iaitu masjid kedua paling suci orang Islam sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah.

Artikel Berkaitan:

Jemaah haji di wilayah Aceh beratur untuk pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas ke kota suci Makkah.
Jemaah haji di wilayah Aceh beratur untuk pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas ke kota suci Makkah.

Jemaah dari Indonesia Pakistan dan Bangladesh turut menikmati kemudahan di bawah inisiatif ‘Laluan Makkah’ yang diperkenalkan Riyadh iaitu sistem khas yang mempercepatkan urusan perjalanan dan kesihatan jemaah di negara asal.

Seorang pekerja memeriksa bagasi bakal jemaah haji dari Indonesia.
Seorang pekerja memeriksa bagasi bakal jemaah haji dari Indonesia.

Inisiatif itu merangkumi proses pengambilan data biometrik dan pengeluaran visa elektronik saringan kesihatan serta pemeriksaan pasport lebih awal selain pelabelan bagasi dan pengangkutan terus dari lapangan terbang ke tempat penginapan di Makkah atau Madinah.

Seorang bakal jemaah haji menggunakan payung untuk berlindung dari panas matahari berhampiran Masjidil Haram, Makkah.
Seorang bakal jemaah haji menggunakan payung untuk berlindung dari panas matahari berhampiran Masjidil Haram, Makkah.

Sementara itu, pihak berkuasa Riyadh memberi amaran bahawa musim haji pada kali dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca ekstrem pada musim panas dengan ramalan suhu melebihi 50 darjah Celsius.

Seorang bakal jemaah haji dari Turkiye menuang air sejuk di atas kepalanya untuk menyejukkan tubuhnya berikutan cuaca terik.
Seorang bakal jemaah haji dari Turkiye menuang air sejuk di atas kepalanya untuk menyejukkan tubuhnya berikutan cuaca terik.

Pihak berkuasa kesihatan dan penganjur menasihatkan jemaah agar bersiap sedia mengerjakan ibadah haji disifatkan paling mencabar dari segi fizikal dalam tempoh beberapa tahun akibat cuaca yang sangat panas.

Papan iklan di sebuah pusat beli-belah di Riyadh yang memaparkan peringatan tentang keperluan permit haji.
Papan iklan di sebuah pusat beli-belah di Riyadh yang memaparkan peringatan tentang keperluan permit haji.

Pada tahun lalu, kira-kira 1.8 juta umat Islam dari dalam dan luar Saudi menunaikan ibadah haji dengan suhu panas melampau mencecah antara 46 dan 51 darjah Celsius. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!