Anak buaya sesat muncul depan rumah

Pasukan bomba berjaya menangkap anak buaya di Taman Seri Perdana, Lahad Datu.
Pasukan bomba berjaya menangkap anak buaya di Taman Seri Perdana, Lahad Datu.
A
A
A

LAHAD DATU - Seekor anak buaya yang dipercayai tersesat ke kawasan perumahan berjaya ditangkap di Taman Seri Perdana di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kehadiran buaya sepanjang 1.5 meter itu disedari berada di hadapan pagar sebuah rumah di taman perumahan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sebaik menerima laporan, seramai sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

“Laporan dibuat oleh penduduk yang mendapati ada seekor buaya berada di hadapan pagar rumah di kawasan perumahan tersebut.

“Operasi menangkap buaya itu segera dijalankan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, haiwan reptilia itu berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 10.23 malam selepas memastikan tiada sebarang ancaman lain di lokasi kejadian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!