Kereta terbakar depan rumah di Semenyih

KAJANG - Sebuah kereta Mercedes yang berada di kawasan parkir sebuah rumah teres dua tingkat di Setia Ecohill Semenyih, di sini terbakar pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 1.57 petang.
"Seramai lima anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi pihaknya mendapati sebuah kereta Mercedes terbakar 80 peratus.
"Rumah berkenaan turut terbakar 10 peratus, api berjaya dikawal pada jam 2.13 petang.
"Kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
