Larangan ihram, fiqh wanita soalan popular ditanya jemaah haji

Larangan ihram dan isu fiqh wanita khususnya berkaitan haid menjadi antara soalan popular sering diajukan jemaah Malaysia kepada pembimbing Tabung Haji (TH). (Gambar kecil: Shahrin)
Larangan ihram dan isu fiqh wanita khususnya berkaitan haid menjadi antara soalan popular sering diajukan jemaah Malaysia kepada pembimbing Tabung Haji (TH). (Gambar kecil: Shahrin)
A
A
A

MAKKAH – Larangan ihram dan isu fiqh wanita khususnya berkaitan haid menjadi antara soalan popular sering diajukan jemaah Malaysia kepada pembimbing Tabung Haji (TH).

Pengarah Operasi Bimbingan TH, Shahrin Awaludin berkata, kebanyakan pertanyaan itu bukan hanya diterima pihaknya di Tanah Suci, sebaliknya sudah mula diajukan sejak jemaah masih berada di tanah air.

Menurutnya, dalam usaha memastikan bimbingan menyeluruh kepada jemaah, seramai 40 pembimbing ibadat haji ditugaskan iaitu 30 orang di Makkah dan 10 orang di Madinah.

Unit itu katanya, turut dibantu tiga pakar rujuk yang merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji.

“Pakar-pakar rujuk ini dibawa khas ke Tanah Suci sebagai tempat rujukan pembimbing dalam menjawab persoalan hukum baharu.

“Objektif utama bimbingan di Tanah Suci adalah untuk memastikan setiap jemaah dapat melaksanakan umrah, haji dan ibadah lain dengan sempurna selaras tuntutan syarak,” katanya.

Shahrin ketika memberikan penerangan mengenai ibadah haji kepada jemaah di Abraj Al Tayseer di sini.
Shahrin ketika memberikan penerangan mengenai ibadah haji kepada jemaah di Abraj Al Tayseer di sini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Pusat Perkhidmatan Operasi Bimbingan turut diwujudkan bagi membimbing jemaah haji secara berterusan di Tanah Suci.

“Ia sebagai lanjutan kepada program bimbingan berbentuk kursus yang mereka hadiri sebelum berangkat ke Tanah Suci,” katanya.

Beliau berkata, sebaik tiba di Madinah, setiap jemaah akan mengikuti dua ceramah utama termasuk sesi ulang kaji untuk persediaan menunaikan umrah pertama, selain mengikuti tiga sesi ziarah termasuk kunjungan ke Raudah.

“Bila sampai di Makkah, pembimbing akan menguruskan ibadah umrah pertama jemaah. Tiga pembimbing akan ditugaskan membantu jemaah di Masjidil Haram,” jelasnya.

Tambah Shahrin, selain umrah pertama, aktiviti bimbingan lain merangkumi lima ceramah utama.

“Semua program ini diakhiri dengan taklimat keberangkatan pulang untuk pastikan jemaah bersedia sepanjang ibadah hingga pulang ke tanah air,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, jemaah boleh menggunakan aplikasi e-TAIB, iaitu talian ibadat elektronik sebagai inisiatif untuk memudahkan mereka mendapatkan bimbingan secara atas talian.

“Dulu jemaah perlu berjumpa pembimbing secara fizikal, kini dengan sistem THhujjaj, jemaah boleh tanya terus secara perbualan lansung (live chat) dengan pembimbing agama.

“Bukan sekadar tentang haji, tapi juga bab solat, bersuci dan apa-apa berkaitan ibadah di Tanah Suci,” ujarnya.

Tambahnya, sistem berkenaan sangat membantu terutama jika jemaah sukar berjumpa pembimbing di maktab atau bangunan penginapan dan jawapan boleh terus diperolehi.

Aplikasi e-TAIB beroperasi mengikut waktu pejabat, namun akan beroperasi 24 jam bermula 1 Zulhijah untuk memenuhi keperluan jemaah sepanjang tempoh wukuf dan ibadah haji.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!