Penghormatan terakhir untuk sembilan anggota FRU

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada kesemua jenazah. Foto SINAR HARIAN
Orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada kesemua jenazah. Foto SINAR HARIAN
A
A
A

IPOH – Jenazah sembilan mangsa tragedi kemalangan di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik berhampiran Sungai Lampam, Teluk Intan, selamat tiba di Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5, Sungai Senam di sini pada Rabu.

Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiba pada jam 3.15 pagi bagi istiadat penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lebih 500 warga PDRM dan ahli keluarga berkumpul di Surau Al-Mustaqim di sini sejak jam 9 malam untuk menanti ketibaan semua jenazah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Ketibaan van jenazah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Jenny Choy Tsi Jen serta Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun, Datuk Salbiah Mohamed dan Khairudin Abu Hanifah.

Solat jenazah diimamkan oleh Azrulzaimee Mohd Ali dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiba pada jam 3.15 pagi bagi istiadat penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Foto SINAR HARIAN
Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiba pada jam 3.15 pagi bagi istiadat penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Foto SINAR HARIAN

Sembilan anggota yang terkorban ialah Sarjan S. Perumal, 44: Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit a/l Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.

Artikel Berkaitan:

Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing iaitu di Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulim; Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang dan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh serta Kampung Sungai Itik dekat Gopeng.

Tiga lagi akan dikebumikan di Kampung Pantai Besar dekat Batu Kurau; Masjid Simpang, Taiping; dan Kampung Parit Teluk Pial, Kuala Kurau.

Sementara itu, jasad mendiang Perumal akan dibawa ke Krematorium Buntong di sini manakala mendiang Nurit akan dibawa ke Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!