Nahas FRU: Kerajaan negeri salur sumbangan awal, ucap takziah

Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori yang terbabit kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini.
Kejadian pagi tadi mengakibatkan sepuluh maut termasuk pemandu lori. Foto Bernama
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori yang terbabit kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Kejadian pagi tadi mengakibatkan sepuluh maut termasuk pemandu lori. Foto Bernama
A
A
A

TELUK INTAN – Kerajaan Perak menyalurkan sumbangan awal bagi membantu urusan pengurusan jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang menjadi mangsa tragedi kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat sini pagi tadi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa mangsa dan keluarga.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberitahu kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.

“Sumbangan ini kita salurkan segera, cuma saya tak nak nyatakan jumlahnya kerana ia agak sulit.

"Namun insya-ALLAH, dalam Mesyuarat Exco akan datang, Menteri Besar bersama barisan Exco akan membincangkan bentuk bantuan lain yang boleh disalurkan kepada mangsa dan waris,” katanya yang turut menyantuni waris mangsa yang berada di Hospital Teluk Intan di sini pada Selasa.

Hadir sama di lokasi kejadian, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairudin turut merakamkan penghargaan dan simpati kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya FRU Perak yang turut terlibat dalam insiden itu.

Beliau berharap semua yang terlibat terus diberikan kekuatan serta peluang untuk sembuh seperti sedia kala.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!