Sembilan lagi anggota FRU dirawat di hospital, lima cedera parah

Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori yang terbabit kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini.
Kejadian pagi tadi mengakibatkan sepuluh maut termasuk pemandu lori. Foto Bernama
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori yang terbabit kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Kejadian pagi tadi mengakibatkan sepuluh maut termasuk pemandu lori. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim turut merakamkan ucapan takziah serta rasa dukacita yang amat mendalam terhadap insiden kemalangan tersebut.

“Dukacita dimaklumkan, seramai sembilan anggota telah terkorban, manakala sembilan lagi sedang menerima rawatan di hospital, termasuk lima dalam keadaan parah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Laporan Sinar Harian berhubung Nahas FRU: PDRM berduka, KPN pastikan kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian
Laporan Sinar Harian berhubung Nahas FRU: PDRM berduka, KPN pastikan kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian

Azmi berkata, anggota FRU terlibat telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara.

“Saya mendoakan agar roh para wira yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat keluarga mangsa, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

“Bagi anggota yang sedang menerima rawatan, marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka segera pulih seperti sedia kala. PDRM berduka atas kehilangan ini, namun semangat perjuangan mereka akan terus kami kenang dan sematkan dalam jiwa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!