Buang bayi dalam sungai: Polis rakam keterangan 3 saksi

Laporan Sinar Harian mengenai penemuan mayat seorang bayi di sebatang sungai di belakang sebuah restoran di Jalan Klang Lama pada Jumaat. Gambar kecil: Ku Mashariman
Laporan Sinar Harian mengenai penemuan mayat seorang bayi di sebatang sungai di belakang sebuah restoran di Jalan Klang Lama pada Jumaat. Gambar kecil: Ku Mashariman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tiga individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan mayat bayi lelaki yang dibuang ke dalam sungai di Jalan Klang Lama di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kesemua individu tersebut merupakan saksi kejadian.

“Siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan bahawa pihak polis akan memeriksa hospital dan klinik kesihatan swasta di ibu negara berhubung kes berkenaan.

Ku Mashariman sebelum ini dilaporkan berkata bahawa pemeriksaan itu bertujuan mengesan rekod berkaitan wanita yang baru melahirkan anak dan menimbulkan kecurigaan.

Menurutnya, setakat ini masih belum ada suspek yang ditahan.

Dalam kejadian pada Jumaat, siasatan awal mendapati seorang saksi di tempat kejadian telah melihat objek menyerupai mayat tersangkut pada batu dalam sungai sebelum menghubungi polis pada jam 2.05 petang.

Hasil siasatan mendapati jasad tersebut merupakan bayi lelaki yang masih bertali pusat dan telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!