Guna p-hailing buang mayat bayi, rahsia hubungan terlarang adik-beradik terbongkar

Tular di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing yang tidak menyangka telah menghantar bungkusan berisi mayat bayi.
Tular di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing yang tidak menyangka telah menghantar bungkusan berisi mayat bayi.
A
A
A

MEDAN - Sepasang adik-beradik kandung ditahan polis selepas didapati menjalinkan hubungan sumbang mahram hingga melahirkan seorang bayi lelaki sebelum membuang mayat bayi tersebut melalui perkhidmatan penghantaran p-hailing.

Suspek lelaki, Reynaldi, 25, dan adik perempuannya, Najma Hamida, 21, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Medan susulan penemuan mengejutkan mayat bayi dalam sebuah kotak yang dihantar oleh seorang penunggang motosikal p-hailing ke sebuah masjid berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kapten Muchtar Basri, Medan Timur.

Ketua Polis Medan, Komisioner Gidion Arif Setyawan berkata, hasil siasatan mendapati bayi tersebut adalah hasil hubungan terlarang antara pasangan adik-beradik itu yang dipercayai telah beberapa kali melakukan hubungan seks walaupun tidak tinggal serumah.

"Suspek wanita mengaku menjalin hubungan cinta dengan abang kandungnya. Dia melahirkan bayi lelaki itu secara bersendirian di sebuah penempatan setinggan di Sicanang, Medan Belawan pada 3 Mei lalu," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Kedua-dua suspek kini sudah ditahan polis. Foto Agensi
Kedua-dua suspek kini sudah ditahan polis. Foto Agensi

Menurut Gidion, bayi yang dilahirkan secara pramatang itu mengalami komplikasi kesihatan dan telah dibawa ke Hospital Delima Martubung pada 7 Mei. Namun, disebabkan kekangan kewangan dan ketiadaan dokumen pengenalan, bayi itu dibawa pulang oleh ibunya.

“Malangnya, bayi tersebut meninggal dunia pada malam yang sama kira-kira jam 11 malam,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Bimbang perbuatan mereka terbongkar, suspek lelaki bertindak memasukkan mayat bayi ke dalam kotak dan memesan perkhidmatan penghantaran p-hailing ke masjid berhampiran tanah perkuburan dengan harapan mayat itu akan dikafankan dan dikebumikan oleh penjaga masjid.

Penunggang motosikal terbabit, Yusuf Ansari, bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila gagal menyerahkan bungkusan tersebut kepada individu dikenali sebagai “Putri” seperti yang dinyatakan dalam aplikasi pesanan.

Dia kemudian membuka kotak berkenaan bersama beberapa penduduk dan menemui mayat bayi yang dibalut dengan kain.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 80 Akta Perlindungan Kanak-Kanak kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian serta kemungkinan kesalahan jenayah lain.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Kanak-Kanak Polis Medan, Inspektor Dearma Sinaga memaklumkan bahawa suspek lelaki telah menggunakan aplikasi Google untuk mencari masjid berhampiran kawasan perkuburan bagi melaksanakan niat membuang mayat bayi tersebut.

“Kedua-dua mereka telah ditahan dan sedang disiasat secara mendalam termasuk melalui ujian DNA bagi mengesahkan pertalian bayi itu,” katanya.

Kes ini telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat di Medan, yang menyifatkan insiden tersebut sebagai satu tragedi sosial yang amat menyayat hati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!