Kontroversi Piala Dunia: Lelaki mohon maaf buat isyarat rasis

Perlawanan di Guadalajara itu menyaksikan skuad Korea Selatan menewaskan pasukan Republik Czech 2-1. - Foto Agensi
Perlawanan di Guadalajara itu menyaksikan skuad Korea Selatan menewaskan pasukan Republik Czech 2-1. - Foto Agensi
A
A
A

MEXICO CITY - Seorang lelaki warga Mexico yang membuat isyarat rasis mengejek ciri mata orang Asia ketika perlawanan Korea Selatan menentang Republik Czech pada Jumaat lalu akhirnya memohon maaf selepas klip tular mengundang kecaman banyak pihak.

Rakaman itu meraih perhatian ramai selepas pempengaruh terkenal dari Seoul dikenali sebagai Yoon Su-jin berkongsi klip tersebut dengan kapsyen: "Anda mengembara ke seluruh dunia untuk menyaksikan Piala dunia dan berdepan insiden berunsur perkauman."

Perbuatan Ulises Fernando Bernal Miramontes ke atas Su-jin atau Ino Cat yang mempunyai jutaan pengikut di beberapa platform media sosial dianggap tidak menghormati masyarakat Asia Timur setelah rakaman tersebut menerima kira-kira 65,000 komen.

Kejadian tersebut mencetuskan kemarahan ramai di media sosial termasuk rakyat Mexico yang menganggap ia sebagai tindakan tidak wajar.

Bernal Miramontes kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka pada Ahad dan turut berasa kesal atas keterlanjurannya.

"Saya bertanggungjawab penuh atas perbuatan sendiri dan tidak berniat mahu membela diri atau berdebat mengenai tafsiran yang berbeza," katanya yang berdepan padah apabila dilucutkan jawatan sebagai Presiden College of Geomatics and Topographic Surveying Engineers of Jalisco (CITGEJ) susulan kontroversi itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!