Mohd Khalil bertemu 15 ADUN Melaka

Mohd Khalil
Mohd Khalil
A
A
A

MELAKA - Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka, iaitu 13 daripada Barisan Nasional (BN) dan dua lagi masing-masing daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob petang ini.

Dua ADUN itu ialah ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR) serta ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP).

Kesemua mereka dilihat berkumpul di Hotel MITC, Ayer Keroh di sini sebelum bertolak pada jam 3.23 petang dengan menggunakan bas dan kenderaan masing-masing, sebelum tiba di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Ayer Keroh kira-kira 10 minit kemudian.

ARTIKEL BERKAITAN: Istiadat angkat sumpah KM Melaka ditangguh

Yang Dipertua Negeri Melaka jumpa 15 ADUN Perikatan Nasional

Jailani sedia dedah individu tawar jawatan Ketua Menteri

Turut kelihatan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan pertemuan masih berlangsung ketika berita ini ditulis.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan tentang pelantikan Ketua Menteri Melaka baharu yang Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka Ke-12 yang sepatutnya hari ini ditangguh ke Isnin ini.

Pada Isnin lepas dilaporkan Mohd Khalil mendapat representasi bahawa Ketua Menteri, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu Mohd Khalil akan melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu dalam masa terdekat. - Bernama