Yang Dipertua Negeri Melaka jumpa 15 ADUN Perikatan Nasional

Ab Rauf (tengah) selepas pertemuan wakil rakyat Perikatan Nasional di Hotel MITC di Ayer Keroh hari ini.
Ab Rauf (tengah) selepas pertemuan wakil rakyat Perikatan Nasional di Hotel MITC di Ayer Keroh hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob mengadakan pertemuan dengan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional bagi mendapatkan maklum balas berhubung jawatan Ketua Menteri hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pertemuan selama dua jam itu berjalan lancar dan mencapai kata sepakat untuk menamakan seorang daripada 13 ADUN BN sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Menurutnya, pada pertemuan itu, akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani 15 ADUN BN serta masing-masing seorang dari PKR dan DAP turut diserahkan kepada Mohd Khalil.

"BN mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

"Oleh yang demikian kami menyatakan 15 wakil rakyat, 13 (BN), seorang ADUN Rembia dan seorang ADUN Pengkalan Batu bersama-sama menyatakan sokongan. Ini menunjukkan kita adalah kumpulan majoriti untuk membentuk kerajaan ini," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut BN mencalonkan ADUN Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri biarpun pihak berkenaan sehingga kini masih mengunci mulut daripada mendedahkan nama individu berkenaan.

Dalam pada itu, siang tadi Perikatan Nasional Melaka membuat sidang akhbar khas untuk memutuskan kerjasama dengan dua ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini membabitkan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad berikutan tindakan kedua-dua ADUN berkenaan mengenepikan peranan 13 ADUN BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Namun keputusan yang dibuat tidak menjejaskan hubungan Perikatan Nasional Melaka dengan parti Bersatu.

Artikel Berkaitan: