Istiadat angkat sumpah KM Melaka ditangguh

Kenyataan media mengenai penangguhan Istiadat Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12.
Kenyataan media mengenai penangguhan Istiadat Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Istiadat Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12 yang sepatutnya diadakan esok ditangguhkan pada Isnin depan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan memberitahu Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob memutuskan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 ditangguhkan.

"Istiadat itu akan berlangsung pada 9 Mac 2020 bersamaan Isnin pada jam 3 petang di Dewan Seri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri," katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Namun nama individu bagi memegang jawatan itu masih menjadi teka-teki biarpun Barisan Nasional (BN) menerusi Perikatan Nasional menamakan seorang daripada 15 wakil rakyat.

Artikel Berkaitan: