Kereta terjunam dalam sungai elak pejalan kaki

Kereta Zhang terjunam dalam sungai gara-gara mahu elak pejalan kaki. - Foto: Asia Wire
Kereta Zhang terjunam dalam sungai gara-gara mahu elak pejalan kaki. - Foto: Asia Wire
A
A
A

ZUNYI - Seorang pemandu di sini hilang kawalan dan mengakibatkan kenderaannya terjunam ke dalam sungai berhampiran kerana mahu mengelak pejalan kaki di Bandar Zunyi, Wilayah Selatan Guizhou, China.

Zhang dikatakan panik ketika melalui jambatan yang sempit kerana mahu memberi ruang kepada pejalan kaki, lapor Asia Wire.

Berkata kepada media tempatan, Zhang waktu itu sedang membaca mesej ucapan tahniah dari rakan-rakan kerana berjaya lulus lesen pemanduan 10 minit lalu.

"Semasa saya memandu, saya lihat telefon dan membaca beberapa mesej, bila saya nampak ada pejalan kaki, saya jadi gugup lalu memaut stereng ke arah kiri lalu terus terjunam di dalam sungai.

"Syukur kereta terapung dan membolehkan saya keluar dan berenang ke tepi tebing. Pintu pemandu tidak boleh buka tetapi saya guna pintu penumpang untuk menyelamatkan diri," katanya.

Penduduk turut membantu Zhang untuk naik ke tebing dan keretanya telah ditarik menggunakan kren.

Sebelum ini tular di laman sosial rakaman video menunjukkan sebuah kereta berwarna putih melalui jambatan sempit namun secara tiba-tiba terjunam ke dalam sungai hingga menarik perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: