Bayi parah didera ibu bapa mulai sedar

Bayi lelaki berusia dua bulan yang mengalami parah dan koma selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya mula sedar pada petang Rabu.
Bayi lelaki berusia dua bulan yang mengalami parah dan koma selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya mula sedar pada petang Rabu.
A
A
A

MELAKA – Bayi lelaki berusia dua bulan yang mengalami parah dan koma selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu bapanya mula sedar pada petang Rabu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, bayi yang sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka sejak tengah malam Isnin lalu mula menunjukkan perubahan positif.

"Syukur alhamdulillah walaupun masih lemah namun bayi telah sedar.

"Pihak hospital memaklumkan bayi lelaki itu mula minum susu menggunakan tiub pada jam 5 petang tadi,” katanya dihubungi di sini, pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan bahawa bayi tersebut kini bertarung nyawa di Hospital Melaka akibat mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam selepas dipercayai didera.

Menurut sumber, insiden menimpa bayi tunggal pasangan itu terbongkar selepas si ibu membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah dengan mendakwa bayi tersebut mengalami sawan.

Katanya, bayi terbabit kemudian dirujuk ke Hospital Melaka dan hasil pemeriksaan oleh doktor pakar menemui kesan lebam dan luka pada badan serta leher bayi, selain pendarahan lama dan baharu dalam kepala.

"Doktor yang merawat telah membuat laporan polis selepas mengesyaki bayi tersebut menjadi mangsa penderaan.

Difahamkan juga, si bapa turut menepuk dada bayi tersebut beberapa kali kerana berang dengan tangisannya, manakala si ibu disyaki telah menghempas bayi itu ke lantai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Susulan insiden kekejaman yang menimpa bayi itu, pasangan suami isteri muda terbabit direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen sehingga Selasa ini selepas disyaki mendera bayi sulung mereka.

Pasangan tersebut, masing-masing berusia 22 tahun dan merupakan penganggur, ditahan polis pada jam 7.30 malam Selasa lalu sebelum dibawa ke mahkamah pada jam 9.15 pagi Rabu.

Hakim Haderiah Siri membenarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula Rabu hingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!