Pemandu Honda City rempuh kenderaan lari tinggalkan kereta

Tangkap layar video tular sebuah kereta jenis Honda Civic melanggar beberapa kenderaan awam lain di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tangkap layar video tular sebuah kereta jenis Honda Civic melanggar beberapa kenderaan awam lain di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis buru dua lelaki yang melarikan diri semasa pemeriksaan di Jalan Nicholas di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 pagi berlaku semasa anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah.

Menurutnya, sebuah kereta jenis Honda Civic telah dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir sebelum anggota terbabit menghampiri untuk pemeriksaan.

"Secara tiba-tiba pemandu kereta itu memecut laju sehingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Cheras berhampiran Sunway Velocity Mall.

"Suspek telah bertindak melanggar beberapa kenderaan awam lain yang berhenti di lampu isyarat sebelum dua lelaki bertindak keluar dan melarikan diri meninggalkan kenderaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemeriksaan polis dalam kenderaan tidak menjumpai apa-apa barang salah.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan dan polis sedang mengesan suspek yang terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan selain tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Sebelum itu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 11 saat memaparkan kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

End..

Ringkasan AI

  • Polis buru dua lelaki yang melarikan diri semasa pemeriksaan di Jalan Nicholas
  • Kejadian berlaku semasa anggota polis membuat rondaan cegah jenayah
  • Sebuah Honda Civic dikesan mencurigakan dan melarikan diri semasa hendak diperiksa
  • Dua lelaki melarikan diri selepas kereta mereka melanggar beberapa kenderaan lain
  • Polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!