Peratusan lolos sempadan turun 95.5 peratus – Polis Kelantan

Polis Kelantan berjaya mengurangkan aktiviti pembolosan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sebanyak 95.5 peratus atau 55,126 orang susulan tindakan drastik menutup pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok sejak 1 Disember tahun lalu.Gambar kecil: Datuk Mohd Yusoff Mamat - Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya mengurangkan aktiviti pembolosan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sebanyak 95.5 peratus atau 55,126 orang susulan tindakan drastik menutup pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok sejak 1 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, sepanjang Julai hingga November tahun lalu aktiviti pembolosan sempadan melibatkan seramai 57,722 orang.

"Namun, sebaik sahaja sempadan ditutup, ia menurun kepada 2,596 orang sahaja bermula Disember sehingga April lalu.

"Jumlah penurunan itu membabitkan sebanyak 55,126 orang dengan peratusan 95.5 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, bagaimanapun peningkatan drastik berlaku bagi kes tangkapan melibatkan penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di negeri ini.

Ujarnya, sejak 2023 sehingga tahun ini, keseluruhan tangkapan seramai 60,409 individu.

Mohd Yusoff memberitahu, seramai 18,254 individu ditahan pada 2023 sebelum meningkat secara drastik kepada 29,785 tahun lalu.

"Bagi suku tahun pertama Januari hingga April tahun ini pula, seramai 12,370 orang ditangkap bagi pelbagai kes membabitkan penyalahgunaan dan penyeludupan dadah," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!