Polis sahkan mayat wanita tercampak dari van bukan Pamela

Aidil Bolhassan.
Aidil Bolhassan.
A
A
A

CHERAS - [DIKEMAS KINI] Mayat wanita dipercayai tercampak dari sebuah van disahkan bukan Pamela Ling Yueh, 42, yang diculik semasa dalam perjalanan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, seorang wanita tercampak dari sebuah van, namun kenderaan tersebut tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan.

Kata beliau, seorang saksi melihat kejadian tersebut yang berlaku di tepi Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa tercampak dari sebuah van, namun kenderaan tersebut dipercayai meninggalkan lokasi.

"Seorang lelaki membuat panggilan kecemasan MERS 999 maklumkan ada perempuan jatuh dari kereta.

"Beliau nampak mangsa tercampak dari sebuah van di tepi Lebuhraya KESAS berdekatan R&R Awan Besar dan van tersebut telah meninggalkan lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, mangsa dipercayai maut di lokasi dan kematian telah disahkan oleh petugas kesihatan daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Beliau berkata, jenazah akan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM untuk tujuan bedah siasat.

Menurut beliau, mangsa merupakan seorang wanita berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis masih menyiasat motif wanita itu tercampak dari van tersebut," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!