Jangan salah guna lampu kecemasan di jalan raya

Kebanyakan pengguna kenderaan di negara ini tidak memahami apakah kegunaan sebenar lampu kecemasan atau dipanggil juga lampu isyarat berkembar di kenderaan masing-masing.
Kebanyakan pengguna kenderaan di negara ini tidak memahami apakah kegunaan sebenar lampu kecemasan atau dipanggil juga lampu isyarat berkembar di kenderaan masing-masing.
A
A
A

MERAK Jalanan rasa kebanyakan pengguna kenderaan di negara ini tidak memahami apakah kegunaan sebenar lampu kecemasan atau dipanggil juga lampu isyarat berkembar di kenderaan masing-masing.

Ada yang memasang lampu tersebut ketika memandu dalam hujan lebat atau ketika keadaan jalan berkabus atau ketika melalui lorong gelap.

Tindakan pemandu tersebut mungkin bertujuan untuk memudahkan kenderaan yang dipandu dilihat atau menarik perhatian ramai. Namun penggunaan lampu kecemasan ketika hujan lebat sebenarnya menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Lampu kecemasan hanya boleh digunakan apabila kenderaan mempunyai masalah di jalan raya dan terpaksa berhenti. Lampu kecemasan yang dipasang akan memberi amaran kepada pemandu di belakang anda.

Rakan Merak Jalanan yang bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu, lampu kecemasan yang diaktifkan suisnya akan berkelip secara serentak di kiri dan kanan, justeru akan timbul kekeliruan sama ada kenderaan terbabit sedang berhenti atau sedang bergerak.

Katanya, bahaya yang mungkin timbul dengan penggunaan lampu kecemasan semasa hujan lebat adalah ketika kenderaan terbabit ingin menukar lorong. Pemandu di belakang sudah pasti keliru sama ada pemandu terbabit ingin ke kiri atau ke kanan.

“Dalam bab 4, bahagian 2, Buku Panduan JPJ turut tertulis mengenai penggunaan hazard light ini. Jangan sesekali memasang lampu hazard semasa memandu. Pasangkan lampu besar dan lampu belakang jika hari hujan.

“Terdapat pemandu kenderaan mempunyai tanggapan yang salah terhadap penggunaan lampu hazard, ia hanya digunakan untuk memberi amaran bahawa kepada pemandu kenderaan yang lain dan seharusnya digunakan apabila kereta itu berhenti, terutama apabila berhenti di lorong kecemasan,” katanya.

Artikel Berkaitan: