Jabatan Kesihatan NS siasat dua berita Covid-19 tular

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menjelaskan bahawa kes tujuh anggota kesihatan di Klinik Kesihatan Mantin, Nilai yang dikatakan positif koronavirus (Covid-19) yang tular menerusi aplikasi WhatsApp hari ini, masih dalam siasatan.

Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, pihaknya juga menerima satu lagi berita tular berhubung seorang kanak-kanak di daerah Port Dickson, yang turut dikatakan positif Covid-19.

"Kanak-kanak itu ialah kontak kepada seorang pesakit dalam siasatan (PUI) yang disahkan negatif Covid-19 melalui ujian makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: