Warga emas mengadu semput sebelum ditemui tidak bernyawa dalam rumah

Seorang warga emas yang pernah mengadu semput pada rakannya ditemukan tidak bernyawa di dalam rumahnya di Taman Malim Jaya di sini pada petang Ahad. -Gambar hiasan (Gambar kecil: Christopher Patit)
Seorang warga emas yang pernah mengadu semput pada rakannya ditemukan tidak bernyawa di dalam rumahnya di Taman Malim Jaya di sini pada petang Ahad. -Gambar hiasan (Gambar kecil: Christopher Patit)
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas yang pernah mengadu semput pada rakannya ditemukan tidak bernyawa di dalam rumahnya di Taman Malim Jaya di sini pada petang Ahad.

Mangsa seorang kontraktor, Abdul Rahim Abd Rahman, 69, yang tinggal bersendirian ditemui terlentang tidak sedarkan diri oleh rakan yang datang menjenguk selepas mangsa gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dipercayai kali terakhir dilihat datang ke masjid Kampung Pokok Mangga untuk membuat kerja-kerja binaan pada Jumaat lalu kira-kira jam 3 petang.

Katanya, sehari sebelum itu, rakannya, Mohamad Nazri Nordin memberitahu mangsa mengadu mengalami sesak nafas selepas makan aiskrim dalam kuantiti banyak pada Khamis lalu.

"Rakan pengadu cuba menghubungi si mati beberapa kali namun panggilan tidak berjawab menyebabkan rakan si mati datang ke rumah untuk memeriksa keadaan si mati namun pintu berkunci.

"Kemudian dia memanjat pagar dan cuba melihat keadaan dalam rumah melalui tingkap namun rakan si mati ternampak kaki si mati terjuntai di atas lantai lalu terus berlari memanggil jiran sebelah rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tambahnya, dia terpaksa memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk memecah masuk rumah bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan lanjut dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, berdasarkan maklumat rakan, mereka sering berjumpa dan mangsa pernah mengadu mengalami semput serta sakit dada, namun jarang mendapatkan rawatan di hospital.

"Difahamkan si mati yang masih bujang hanya membeli ubat di farmasi atau klinik swasta sekiranya tidak sihat.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!