Tiada kakitangan SKMM dijangkiti Covid-19

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan tiada kes koronavirus (Covid-19) dikenal pasti dalam kalangan kakitangannya setakat ini.

SKMM dalam kenyataan sekali lagi menjelaskan bahawa penutupan Ibu Pejabat dan Bangunan Lama di Cyberjaya bermula hari ini hingga esok adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan sanitasi sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, suruhanjaya itu turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula dari semalam hingga Ahad 8 Mac.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan penutupan dan penggantungan sementara berkenaan diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan Covid-19 dan ia mencerminkan keprihatinan SKMM terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak. - Bernama

Artikel Berkaitan: