Lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di kepala

Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan kesan tikaman di kepala dalam kejadian di sebuah asrama di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini, pada Sabtu.
Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan kesan tikaman di kepala dalam kejadian di sebuah asrama di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini, pada Sabtu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan kesan tikaman di kepala dalam kejadian di sebuah asrama di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini, pada Sabtu.

Mayat lelaki warga Myanmar berusia 30-an itu ditemui majikannya dalam keadaan terbaring di tingkat atas kilang barangan kitar semula kira-kira jam 9 pagi selepas dia mendapati tiada pekerja yang datang bertugas.

Curiga dengan keadaan itu, majikan terbabit membuat pemeriksaan di tingkat atas dan mendapati kawasan asrama juga kosong sebelum menemui mangsa dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.

Berikutan itu sepasukan anggota polis bersama Unit Anjing Pengesan (K-9) digegaskan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan termasuk mencari bahan bukti.

Hasil pencarian dilakukan berjaya menemui senjata yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa di kawasan berhampiran.

Difahamkan, mangsa tinggal di asrama terbabit bersama enam rakannya juga warga Myanmar namun kesemua mereka dikatakan melarikan diri selepas kejadian berlaku.

Anjing K-9 turut digunakan untuk mencari bahan bukti di lokasi kejadian.
Anjing K-9 turut digunakan untuk mencari bahan bukti di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa mungkin dibunuh akibat perselisihan faham dengan rakannya.

Setakat ini, pihak polis telah menahan seramai 11 suspek bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes tersebut hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!