Trump 'berangan' jadi Paus

Imej hasil janaan AI itu dikongsi Trump di platform Truth Social.
Imej hasil janaan AI itu dikongsi Trump di platform Truth Social.
A
A
A

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menuai kontroversi apabila beliau berkongsi gambar dirinya berpenampilan seperti Paus menerusi platform Truth Social.

Imej hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu dimuat naik selepas Trump bergurau dengan wartawan pada awal minggu lalu dengan menyatakan beliau mahu menjadi pengganti Paus Francis yang meninggal dunia pada 21 April lalu.

Ketika disoal tentang calon yang layak untuk menjadi pemimpin baharu Katolik, Trump dengan bersahaja menyatakan, 'saya mahu jadi Paus, ia pastinya pilihan nombor satu saya'.

Trump menghadiri upacara pengebumian Paus Francis pada minggu lalu di bawah lawatan asing pertama sejak kembali ke Rumah Putih.

Pemimpin Vatican itu merupakan salah seorang pengkritik lantang Trump terutamanya ketika penggal pertama apabila bilionair hartanah tersebut berikrar mahu membina tembok pemisah di sempadan AS-Mexico.

Para kardinal akan bertemu pada Rabu ini untuk memilih Paus baharu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!