Sisi berbeza 'atuk' Trump layan cucu

WASHINGTON - Anak perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Ivanka Trump berkongsi sisi berbeza bapanya ketika momen berharga mereka sekeluarga di Rumah Putih.
Klip yang dikongsi di platform X menunjukkan Donald Trump berdiri sambil menghayati alunan piano yang dimainkan oleh cucunya, Theo.
"Theo membuat debut pertama lagu gubahan istimewa untuk datuknya," menurut kapsyen video tersebut.
Klip yang memaparkan hubungan erat antara datuk dan cucu itu turut menjadi tular di media sosial.
Ramai yang memuji rakaman 'candid' tersebut kerana ia menunjukkan sudut lain kehidupan Trump yang biasanya dikaitkan dengan kelantangannya.
Ivanka merupakan isteri kepada Jared Kushner dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arabella Rose, Joseph Frederick dan Theodore James. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

