Israel terbakar, netizen dunia bersatu sindir kekejaman Zionis

Kebakaran hutan marak berhampiran Baitulmaqdis telah memaksa Israel isytihar darurat dan mohon bantuan antarabangsa.- Xinhua
Kebakaran hutan marak berhampiran Baitulmaqdis telah memaksa Israel isytihar darurat dan mohon bantuan antarabangsa.- Xinhua
A
A
A

PUTRAJAYA – Di sebalik kebakaran besar yang melanda Israel ketika ini, terdapat pihak yang menganggapnya sebagai balasan Tuhan terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Menerusi ruangan komen di beberapa portal berita antarabangsa, rakyat pelbagai negara dilihat 'bersatu' dan ada yang menyamakan api yang marak itu dengan kegagalan Israel mematuhi gencatan senjata atau 'ceasefire'.

"Doakan supaya angin kencang dan tiada hujan," kata seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Bunny.

Kenyataan itu menerima lebih 61,000 tanda suka daripada pengguna media sosial lain yang turut bersetuju dengannya.

Selain itu, pengguna akaun Call Her Nicole turut menyindir Israel yang sebelum ini menolak gencatan senjata dengan Hamas.

"Mereka menolak gencatan senjata, (kini) alam sahaja yang bersetuju," katanya yang turut menerima lebih 30,000 tanda suka.

No Image Caption

Sementara itu, pengguna media sosial bernama Harry berkata, api yang telah membakar lebih 2,000 hektar tanah itu hanya 'menduduki' kawasan tersebut dan ia mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

Israel kini merayu bantuan antarabangsa bagi menangani kebakaran besar di kawasan hutan berhampiran Baitulmaqdis yang mula berlaku sejak Rabu lalu.

Sekurang-kurangnya 23 mangsa dilaporkan cedera, kebanyakannya akibat sesak nafas dan melecur dengan 12 orang dimasukkan ke hospital, manakala pasukan bomba masih berusaha mengawal kebakaran yang merebak dengan pantas.

Beberapa buah helikopter dan pesawat pemadam kebakaran dari negara luar termasuk Sepanyol, Itali, Perancis dan Romania telah dikerahkan bagi membantu usaha pemadaman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!