Anak kambing dilahirkan berkepala dua mati

Anak kambing baka Black Belly yang dilahirkan berkepala dua di Bukit Kechil, Pernu pada Rabu, mati selepas 24 jam dilahirkan.
Anak kambing baka Black Belly yang dilahirkan berkepala dua di Bukit Kechil, Pernu pada Rabu, mati selepas 24 jam dilahirkan.
A
A
A

MELAKA – Seekor anak kambing baka Black Belly yang dilahirkan berkepala dua di Bukit Kechil, Pernu disahkan mati pada Khamis.

Pemiliknya, Abu Shah Hashim, 57, berkata, anak kambing yang dilahirkan pada Rabu itu dilihat semakin lemah selepas dilahirkan, dan mati pada kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, dia sudah menjangkakan anak kambing itu tidak akan dapat bertahan lama meskipun diberikan susu secara manual.

"Saya ada hubungi doktor veterinar untuk bertanya, dan mereka memberitahu kemungkinan hayatnya tidak panjang.

"Walaupun haiwan itu dah diberikan minum namun sejak pagi lagi namun keadaannya nampak semakin lemah dan akhirnya mati,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Abu Shah berkata, sejak lebih 20 tahun mengusahakan penternakan secara kecil-kecilan, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan kejadian haiwan ternakan berkepala dua.

Menurutnya, induk kambing itu sebelum ini sudah banyak kali beranak namun kebiasaannya dua ekor, tetapi kali ini hanya seekor dan berkepala dua.

Media sebelum ini melaporkan penduduk kampung terkejut dengan kelahiran luar biasa seekor anak kambing berkepala dua milik seorang penduduk di situ.

Gambar dan video anak kambing itu menjadi tular dalam kalangan penduduk yang datang melihat sendiri haiwan unik tersebut sebelum ia mati.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!