'Golongan pekerja yang tentukan siapa PM, kerajaan'

Anwar menyampaikan amanat khas pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis.
Anwar menyampaikan amanat khas pada sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis.
A
A
A

BUKIT JALIL - Golongan pekerja yang merupakan majoriti rakyat negara ini berperanan besar dalam menentukan kepimpinan negara termasuk siapa Perdana Menteri serta hala tuju dasar dan pembentukan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut perlu memilih contoh sejarah yang baik dalam usaha membawa pembangunan negara ke arah yang lebih baik.

"Negara ini ada sejarah baik, lemah, gemilang dan ada sejarah rompakan.

"Kita pilih yang gemilang. Pilih hentikan amalan sombong, menindas pekerja, tamak, untung berbilion ringgit tetapi hendak naikkan gaji RM40 pun susah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Hari Pekerja sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, apa yang penting adalah meningkatkan prestasi pekerja dan menghargai sumbangan mereka yang berperanan besar dalam menjana pendapatan negara.

Menurutnya, usaha berkenaan dapat dicapai menerusi pelaksanaan urus tadbir negara dengan berpandukan amalan tatakelola yang baik.

"Saya mahu syarikat untung. Lebih banyak untung, lebih baik kepada negara dan pekerja, serta lebih tinggi cukai.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi jangan untung sendirian. Untung kerana (adanya) pekerja, jadi beri yang munasabah kepada mereka," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!