[VIDEO] Lelaki Nigeria tidak mengaku bersalah gigit telinga polis hingga putus

A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tiga pertuduhan antaranya menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus, pada Jumaat minggu lalu.

Okenyehike Kelvin Obianke, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan dua majistret berasingan iaitu Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim dan S Mageswary.

“Saya tidak sengaja, saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Ketika prosiding di hadapan Majistret, Mageswary, tertuduh didakwa atas pertuduhan pertama iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah pada telinga kiri Koperal Danierul Azraq Ahmad Khair, 36, di hadapan sebuah klinik di Metro Prima, Kepong, di sini pada jam 10.10 pagi, 25 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Okenyehike yang memakai singlet berwarna putih dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu bagi menghadapi tiga kes termasuk menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus pada Jumaat lalu.
Okenyehike yang memakai singlet berwarna putih dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu bagi menghadapi tiga kes termasuk menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus pada Jumaat lalu.

Bagi dua lagi pertuduhan di hadapan Majistret, Atiqah, tertuduh didakwa memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah mengikut undang-undang di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, serta sebatan tidak lebih enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis benzo ke dalam badan sendiri di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada jam 3 pagi, 26 April lalu.

Artikel Berkaitan:

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Mohamad Poad dan Nurainizatul Farhana Zainal sementara warga asing tanpa izin itu tidak diwakili peguam.

Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tiga pertuduhan antaranya menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus, pada Jumaat minggu lalu.
Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tiga pertuduhan antaranya menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus, pada Jumaat minggu lalu.

Majistret Mageswary dan Atiqah tidak membenarkan sebarang jaminan kepada tertuduh selain menetapkan sebutan kes pada 10 Jun dan 23 Julai depan bagi serahan dokumen termasuk lantikan peguam.

Pada 25 April lalu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota polis berpangkat koperal putus telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Afrika yang bertindak agresif ketika cuba ditahan di sebuah klinik swasta.

Ketika kejadian, anggota berkenaan bersama seorang rakan setugas menuju ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang pesakit warga asing yang mengamuk di klinik.

Suspek pada awalnya dilihat cuba memberi kerjasama ketika ditenangkan pihak polis namun ketika dibawa masuk ke kenderaan peronda (MPV), suspek secara tiba-tiba berpaling lalu menggigit telinga kiri mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!