Langkah Sheraton: Syed Saddiq dedah sesuatu...

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

ALOR SETAR - Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip didakwa menjadi dalang perjumpaan 'Langkah Sheraton' pada 23 Februari lalu yang menjadi punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, nama Tun Dr Mahathir Mohamad digunakan untuk mempengaruhi pimpinan dan Ahli Parlimen Bersatu bagi menghadiri perjumpaan di Hotel Sheraton itu.

Syed Saddiq mendakwa beliau turut dihubungi pada malam kejadian agar hadir atas alasan kononnya telah diarahkan namun timbul keraguan sebelum mengambil keputusan untuk ke rumah pemimpin itu.

"Nama Tun Mahathir dipetik supaya pimpinan Bersatu hadir perjumpaan di hotel tersebut. Ketika itu saya tidak pasti dan mengambil keputusan mengesahkan sendiri berjumpa dengan beliau di rumahnya. Tun menegaskan tidak tahu mengenai perjumpaan itu.

"Muhammad Zahid pengkhianat sebenar kepada apa yang telah berlaku, nama Tun banyak kali dipetik," katanya berucap pada Program Penerangan Bersatu Kedah kepada lebih 2,000 penyokong parti tersebut di Seri Mentaloon semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin UMNO, Pas tiba di Hotel Sheraton

Tian Chua akui tidak tahu agenda pertemuan di Hotel Sheraton

'Langkah Sheraton': Lembaga Disiplin PKR digesa siasat 10 individu

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, ahli Bersatu perlu berpegang teguh kepada prinsip parti selain tidak berdiam diri sekiranya berlaku ketidakadilan dan amalan tidak bermoral berlaku di hadapan mata mereka.

Syed Saddiq hadir menyampaikan penerangan kepada lebih 2,000 ahli Bersatu di Seri Mentaloon, Alor Setar semalam.
Syed Saddiq hadir menyampaikan penerangan kepada lebih 2,000 ahli Bersatu di Seri Mentaloon, Alor Setar semalam.

"Sekarang Perak dan Johor sudah dikuasai UMNO. Bersatu tidak perlu bekerjasama dengan mereka kerana kita bermaruah. Saya juga harap semua ahli akan terus setia dengan Tun Mahathir kerana beliau telah menubuhkan parti ini," katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mendakwa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah beberapa kali berjumpa Dr Mahathir dan meminta supaya menerima semua pimpinan parti tersebut termasuk mereka yang mempunyai kes di mahkamah.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menerima syarat itu kerana ia mampu menggugat Bersatu selain UMNO sendiri mempunyai kelebihan bilangan kerusi ahli Parlimen.

"UMNO sudah mempunyai taktik mereka sendiri sekiranya Tun Mahathir bersetuju bekerjasama. Mereka pasti mengugut Bersatu kerana mereka mempunyai kelebihan iaitu 42 kerusi parlimen berbanding Bersatu yang mempunyai 36 kerusi sahaja," katanya.