Operator kilang direman, kes cabul pelajar dalam kereta

Suspek berusia 23 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes cabul pelajar lelaki.
Suspek berusia 23 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes cabul pelajar lelaki.
A
A
A

MELAKA - Seorang operator kilang direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, selepas disyaki mencabul seorang pelajar lelaki dalam kawasan asrama sekolah.

Perintah reman ke atas pemuda berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula Selasa hingga Ahad ini.

Sumber berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas guru sekolah mangsa berasa curiga apabila pelajarnya berusia 17 tahun kerap menerima kedatangan suspek sebagai pelawat asrama pada setiap minggu.

Menurutnya, lebih mencurigakan mereka hanya meluangkan masa berdua-duaan di dalam kereta yang diparkir di kawasan sekolah berkenaan.

"Apabila disoal siasat oleh guru, remaja terbabit mengaku dicabul suspek yang dikenalinya menerusi permainan video dalam talian.

"Mangsa mendakwa setiap kali berjumpa suspek mengajaknya berbual lucah sebelum mengurut kemaluannya," katanya.

Tambahnya, kejadian terbaru berlaku pada 19 dan 20 April lalu sebelum guru terbabit memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa berusia 49 tahun.

"Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Banda Hilir pada Jumaat lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!