Akta PSB: Hak, kebajikan penduduk dilindungi

Kor Ming ke Flat Kuchai Jaya Blok A, Taman Kuchai Jaya pada Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar bersama dengan ahli Parlimen pada Selasa.
Kor Ming ke Flat Kuchai Jaya Blok A, Taman Kuchai Jaya pada Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar bersama dengan ahli Parlimen pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa hak dan kebajikan penduduk yang terlibat dalam cadangan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan dilindungi sepanjang proses pembangunan semula kawasan terbabit.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, rang undang-undang (RUU) berkenaan mengutamakan kepentingan penduduk sedia ada dengan memastikan mereka diberi unit baharu sebelum sebarang kerja meroboh atau pembangunan semula dilaksanakan.

Kor Ming ketika melawat Flat Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang sempena Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar bersama dengan ahli Parlimen pada Selasa. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Kor Ming ketika melawat Flat Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang sempena Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar bersama dengan ahli Parlimen pada Selasa. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

Memberi contoh Residensi Kerinchi di Bangsar yang dibangunkan semula pada tahun 2017, Ahli Parlimen Teluk Intan itu menjelaskan bahawa hampir 100 peratus penduduk asal, yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu, telah mendapat unit baharu di kawasan yang sama.

"Di bawah draf RUU PSB, dinyatakan dengan jelas bahawa pemilik rumah sedia ada akan menerima unit baharu yang bernilai sama atau lebih tinggi.

“Di Residensi Kerinchi, tiada siapa yang dipaksa keluar. Mereka menerima kunci rumah baharu sebelum pemaju memulakan pembinaan blok-blok lain," katanya ketika sidang akhbar selepas Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (XPDC PSB) bersama ahli-ahli Parlimen di sini, pada Selasa.

Kor Ming ke Flat Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang pada Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar bersama dengan ahli Parlimen pada Selasa. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB
Kor Ming ke Flat Sutera, Taman Desa Bakti, Selayang pada Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar bersama dengan ahli Parlimen pada Selasa. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

Sebagai rekod, berdasarkan cadangan Subseksyen 14(1), mana-mana pihak yang terlibat dalam projek pembaharuan mesti diberi pampasan sama ada dalam bentuk unit pengganti atau bayaran tunai yang sama nilai atau lebih tinggi daripada unit asal dari segi nilai dan kualiti.

Artikel Berkaitan:

Ini bagi memastikan bahawa pemilik rumah tidak mengalami sebarang kerugian dari segi hak pemilikan, saiz unit atau akses kepada kemudahan asas yang mereka miliki sebelum ini.

Dalam pada itu, Kor Ming menjelaskan bahawa ketika ini Seksyen 57 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) menetapkan bahawa persetujuan 100 peratus diperlukan bagi penamatan hak milik strata.

"RUU PSB mencadangkan nilai ambang pada tahap 80 peratus bagi bangunan berusia kurang 30 tahun, manakala 75 peratus bagi bangunan melebihi 30 tahun, dan 51 peratus bagi bangunan yang tidak selamat dan terbengkalai," menurutnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa KPKT telah mengenal pasti 534 kawasan berpotensi untuk pembangunan semula bandar di Semenanjung Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, 139 kawasan berada di Kuala Lumpur dengan keluasan keseluruhan 1,297 hektar.

"Untuk makluman, negara kita sudah ketinggalan 35 tahun berbanding Hong Kong, Singapura dan Australia yang telah mula memperkenalkan RUU itu sejak tahun 1991," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!